Selamat menjalankan aktiviti harian anda dengan penuh semangat dan ceria-ceria selalu ye...
Hari ini nak kongsi resepi Nasi Kerabu versi orang Kelantan punya lah, entri ni aku buat khusus untuk kawan aku yang memang giler sangat dengan nasi kerabu yang original versi Kelantan laa. Pantang je jumpe aku mesti topik pertama Nasi kerabu je... Bila dia tengok ja muka aku mesti mintak aku buatkan Nasi Kerabu untuk dia, kesian lak kat dia, tapi tak pernah berkesempatan. Kebiasaanya, makan Nasi kerabu kat UUM jarang yang kena selera mulut aku yang dah sebati dengan Nasi Kerabu Kelantan punya laa.. So, lets start!!
Resepi ni aku ada la usha-usha dari blogwalking dan terjumpa beberapa resepi yang sama dengan cara aku masak kat rumah tapi aku ada buat tambahan dan olahan sendiri ikut macam yang selalu aku buat kat rumah. Resepi nasi kerabu yang aku nak kongsikan ni lengkap termasuklah dengan cara nak buat Solok Lada yang biasa popular kat Kelantan. Tapi sebelum itu aku nak ucapkan terima kasih kepada akak Madihaa Dari Dapur Madihaa & akak Azie Kitchen yang berkongsi respi dengan semua dan mohon izin pula nak berkongsi diblog ini untuk rujukan dan tatapan pada masa akan datang...Thanks akak.
Nasi Kerabu Kelantan
Sumber: Dari Dapur Madihaa & Azie Kitchen
Olahan: by Maria
Olahan: by Maria
Bahan-bahan:
Bahan-bahan untuk nasi:
5-10 kuntum bunga telang | rendam dalam air secukupnya (kalau tak ada guna pewarna biru je)
2 1/2 cawan beras
3 1/2 cawan air rendaman bunga telang (sukatan ikut jenis beras)
2 helai daun pandan | koyak2 sedikit
1 batang serai | titik
Cara:
1 .Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
2. Cuci beras dan rendam seketika. Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air bunga telang bersama serai dan daun pandan dalam periuk.Kacau rata.
3. Tanak hingga nasi masak.
**Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.
Kuah Tumis:
Santan pekat 2 cawan (ikut sukatan dari akak Madihaa)
7 ulas bawang merah*
1/2 labu bawang putih*
3 labu bawang besar*
15 tangkai cili kering*
1 cm halia*
1 batang serai | ketuk
1 keping asam keping
2 sudu besar gula
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu
Garam (kena rasa masin dulu ~ macam akak MaDiHaA tak letak sebab budu dah masin)
* bahan Kisar
Cara:
1.Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak.
Nota Kak Azie: Kuah tumis biar ada rasa masin sedikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi disediakan sebelah malamnya.
Sambal kelapa:
3 ekor ikan kembung | yg telah direbus dan ambik isi
1/2 biji kelapa | goreng tanpa minyak
5 ulas bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula
1 keping Gula melaka (dicairkan agak pekat & terlalu cair)
Cara:
1.Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
2.Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
3.Tumbuk lagi sekali.Masukkan garam dan gula.
4 Cammpurkan bersama gula melaka yang dicairkan
Ulam-ulaman: (terpulang mengikut kehendak masing-masing)
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh
Cara:
Hiris halus kesemua ulaman.
Bahan-bahan untuk nasi:
5-10 kuntum bunga telang | rendam dalam air secukupnya (kalau tak ada guna pewarna biru je)
2 1/2 cawan beras
![]() |
| Bunga Telang |
2 helai daun pandan | koyak2 sedikit
1 batang serai | titik
Cara:
1 .Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
2. Cuci beras dan rendam seketika. Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air bunga telang bersama serai dan daun pandan dalam periuk.Kacau rata.
3. Tanak hingga nasi masak.
**Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.
Kuah Tumis:
Santan pekat 2 cawan (ikut sukatan dari akak Madihaa)7 ulas bawang merah*
1/2 labu bawang putih*
3 labu bawang besar*
15 tangkai cili kering*
1 cm halia*
1 batang serai | ketuk
1 keping asam keping
2 sudu besar gula
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu
Garam (kena rasa masin dulu ~ macam akak MaDiHaA tak letak sebab budu dah masin)
* bahan Kisar
Cara:
1.Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak.
Nota Kak Azie: Kuah tumis biar ada rasa masin sedikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi disediakan sebelah malamnya.
Sambal kelapa:
3 ekor ikan kembung | yg telah direbus dan ambik isi1/2 biji kelapa | goreng tanpa minyak
5 ulas bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula
1 keping Gula melaka (dicairkan agak pekat & terlalu cair)
Cara:
1.Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
2.Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
3.Tumbuk lagi sekali.Masukkan garam dan gula.
4 Cammpurkan bersama gula melaka yang dicairkan
Ulam-ulaman: (terpulang mengikut kehendak masing-masing)
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh
Cara:
Hiris halus kesemua ulaman.
Sambal Cili:
30 biji Cili padi | tumbuk@ blender
1 biji Bawang besar (dipotomg nipis-nipis)
5 biji Limau kasturi (diperah airnya & 1biji kulitnya dipotong nipis-nipis)
Cuka
Garam
Gula
****campur kesemua bahan
Solok Lada:
lada hijau @ lada besar secukupnya (pilih yang besar2 kalau boleh jangan pilih lada/cili yang bengkok!)
1 kg ikan kembong / ikan selayang ( rebus dan ambil isinya saja)
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 batang serai
1 biji telur
sedikit budu
kerisik ( goreng kelapa tanpa minyak & tumbuk)
garam secukup rasa
sedikit gula
Cara2 menyediakan
1. Sediakan cilinya dulu. Cuci bersih cili & toskan. Belah memanjang cili (jangan putus & jangan sampai terbelah dua!). Potong sedikit kulit cili dibahagian tangkainya supaya bahagian bijinya boleh dibuang. Buangkan semua biji yang ada di dalam perut cili (boleh korek2 dengan mata pisau ye). Cuci bersih dengan air paip. Buat sehingga habis & toskan cili.
2. Sediakan isinya pula. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, serai hingga halus. Kemudian tumbuk pula isi ikan hingga halus. Gaul dengan kelapa parut dengan menambah garam,kerisik & sedikit gula. Tumbuk lagi campuran ini sekadar sebati (tak perlu sampai kelapa hancur.. tumbuk gitu2 je). akhir sekali masukan telur dan sedikit budu, gaul sebati
3. Sumbat isi ikan ke dalam perut cili hingga penuh. Susun dalam periuk kukusan. (masa ni dah boleh panaskan kukusan). Buat sehingga habis. Jika tak cukup cili, boleh sumbat dalam terung atau petola kalau ada laa....
4. Kukus sehingga solok masak lebih kurang 15 minit. Angkat & hidangkan
Lauk Pauk:(pilihan sendiri)
Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
daging goreng @ ayam goreng
Keropok @ keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa2 aja yang disukai
Cara menghidang:
1.letakkan nasi dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
2.Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
3.Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
4.Jika suka letakkan pula sayuran seprti solok lada, bawang putih jeruk dll.
gambar-gambar dari Incik Google.....
Selamat mencuba!
.jpg)

.jpg)
.jpg)



.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)




