Thursday, 23 January 2014

Nasi Kerabu Versi Kelantan

Assalamualaikum &Salam Sejahtera......


Selamat menjalankan aktiviti harian anda dengan penuh semangat dan ceria-ceria selalu ye...
Hari ini nak kongsi resepi Nasi Kerabu versi orang Kelantan punya lah, entri ni aku buat khusus untuk kawan aku yang memang giler sangat dengan nasi kerabu yang original versi Kelantan laa. Pantang je jumpe aku mesti topik pertama Nasi kerabu je... Bila dia tengok ja muka aku mesti mintak aku buatkan Nasi Kerabu untuk dia, kesian lak kat dia, tapi tak pernah berkesempatan. Kebiasaanya, makan Nasi kerabu kat UUM jarang yang kena selera  mulut aku yang dah sebati dengan Nasi Kerabu Kelantan punya laa.. So, lets start!!

 Resepi ni aku ada la usha-usha dari blogwalking dan terjumpa beberapa resepi yang sama dengan cara aku masak kat rumah tapi aku ada buat tambahan dan olahan sendiri ikut macam yang selalu aku buat kat rumah. Resepi nasi kerabu yang aku nak kongsikan ni lengkap termasuklah dengan cara nak buat Solok Lada yang biasa popular kat Kelantan. Tapi sebelum itu aku nak ucapkan terima kasih kepada akak Madihaa Dari Dapur Madihaa & akak Azie Kitchen yang berkongsi respi dengan semua dan mohon izin pula nak berkongsi diblog ini untuk rujukan dan tatapan pada masa akan datang...Thanks akak.

Nasi Kerabu Kelantan
Sumber: Dari Dapur Madihaa & Azie Kitchen
Olahan: by Maria

Bahan-bahan:
Bahan-bahan untuk nasi:
5-10 kuntum  bunga telang  |  rendam dalam air secukupnya (kalau tak ada guna pewarna biru je)
2 1/2 cawan beras
Bunga Telang
3 1/2 cawan air rendaman bunga telang (sukatan ikut jenis beras) 
2 helai daun pandan | koyak2 sedikit
1 batang serai | titik

Cara:
1 .Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
2. Cuci beras dan rendam seketika. Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air          bunga telang bersama serai dan daun pandan dalam periuk.Kacau rata.
3. Tanak hingga nasi masak.

**Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.

Kuah Tumis:
Santan pekat 2 cawan (ikut sukatan dari akak Madihaa)
7 ulas bawang merah*
1/2 labu bawang putih*
3 labu bawang besar*
15 tangkai cili kering*
1 cm halia*
1 batang serai | ketuk
1 keping asam keping
2 sudu besar gula
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu
Garam (kena rasa masin dulu ~ macam akak MaDiHaA tak letak sebab budu dah masin)
* bahan Kisar

Cara:
1.Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak.


Nota Kak Azie: Kuah tumis biar ada rasa masin sedikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi disediakan sebelah malamnya.

Sambal kelapa:
3 ekor ikan kembung | yg telah direbus dan ambik isi
 1/2 biji kelapa | goreng tanpa minyak

5 ulas bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula
1 keping Gula melaka (dicairkan agak pekat & terlalu cair)

Cara:
1.Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
2.Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
3.Tumbuk lagi sekali.Masukkan garam dan gula.
4 Cammpurkan bersama gula melaka yang dicairkan

Ulam-ulaman: (terpulang mengikut kehendak masing-masing)
Kacang panjang
Kubis
Timun 
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar 
Kacang botol 
Taugeh

Cara:
Hiris halus kesemua ulaman.

Sambal Cili:
30 biji Cili padi | tumbuk@ blender
1 biji Bawang besar (dipotomg nipis-nipis)
5 biji Limau kasturi (diperah airnya & 1biji  kulitnya dipotong nipis-nipis)
Cuka
Garam
Gula
****campur kesemua bahan

Solok Lada:
 lada hijau @ lada besar secukupnya (pilih yang besar2  kalau boleh jangan pilih lada/cili yang bengkok!)
1 kg ikan kembong / ikan selayang ( rebus dan ambil isinya saja)
1/2 biji kelapa parut saiz besar @ kalau kecik letak je sebiji
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 batang serai
1 biji telur
sedikit budu
kerisik ( goreng kelapa tanpa minyak & tumbuk)
garam secukup rasa
sedikit gula

Cara2 menyediakan
1. Sediakan cilinya dulu. Cuci bersih cili & toskan. Belah memanjang cili (jangan putus & jangan sampai  terbelah dua!). Potong sedikit kulit cili dibahagian tangkainya supaya bahagian bijinya boleh dibuang.    Buangkan semua biji yang ada di dalam perut cili (boleh korek2 dengan mata pisau ye). Cuci bersih dengan  air paip. Buat sehingga habis & toskan cili.

2. Sediakan isinya pula.  Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, serai hingga halus. Kemudian tumbuk  pula isi ikan hingga halus. Gaul dengan kelapa parut  dengan menambah garam,kerisik & sedikit gula.  Tumbuk lagi campuran ini sekadar sebati (tak perlu sampai kelapa hancur.. tumbuk gitu2 je). akhir sekali  masukan telur dan sedikit budu, gaul sebati
3. Sumbat isi ikan ke dalam perut cili hingga penuh.  Susun dalam periuk kukusan. (masa ni dah boleh  panaskan kukusan). Buat sehingga habis. Jika tak cukup cili, boleh sumbat dalam terung atau petola kalau  ada laa....
4. Kukus sehingga solok masak lebih kurang 15 minit. Angkat & hidangkan

Lauk Pauk:(pilihan sendiri)
Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
daging goreng @ ayam goreng 
Keropok @ keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa2 aja yang disukai

Cara menghidang:
1.letakkan nasi dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
2.Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
3.Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging  goreng dll.
4.Jika suka letakkan pula sayuran seprti solok lada, bawang putih jeruk dll.

gambar-gambar dari Incik Google.....





Selamat mencuba!


Thursday, 16 January 2014

Kek Coklat Moist versi Kukus

Assalamualaikum & Selamat Petang.......

     Request dari kakakku yang tersayang minta aku buat kek coklat yang memang selalu aku buat kalau balik rumah. Jadi memandangkan aku free dan tersangatlah free sepanjang tinggal kat rumah dia kat Kangar ni, aku  pun merajinkan diri masuk dapur teman dia masak dan join skali laa menyibukan diri kat dapur tu. Kebetulan lah pulak hari ini dia tak kerja dapatlah luang masa bersama-sama gosip-gosip, gelak-gelak, kongsi cerita masing-masing dan bla bla bla.....
     
Macam biasa la kalau masuk dapur dan nak membaking mesti ade je pembantu tak kisah lah pembantu cilik, mak dara, anak dara,anak teruna dan seangkatan denganya, itulah yang aku suka bila masa aku nak menbaking mesti ada je yang tolong dan paling gembiranya anak-anak buah aku suka sangat bila aku ajak diorang tolong aku membaking tak kisah lah balik rumah kat Gombak ke, Kangar ke atau Rumah kat Kelantan semua sama je. Tetiba rindu kat diaorang hehehe lari topik sudah, Ok lah, kali ini aku dibantu oleh adik bongsu aku dan anak buah aku yang kat Kangar ni (Amani). Thanks dear tolong Achick.

Step Pertama perlu sediakan bahan-bahan  yang diperlukan iaitu :
Bahan A:

  • 1 tin susu cair (apa-apa jenama pun boleh)
  • 2 cawan gula
  • 1 cawan mentega/planta/marjerin
  • 2 sb minyak masak (kalau guna planta tak perlu masukan minyak)
Bahan B:
  • 2 cawan tepung gandum**
  • 1 cawan serbuk koko/coklat**
  • 1sk serbuk penaik/baking powder**
  • 1sk soda bikarbonat**
  • ** kesemua bahan diayak/ditapis
Bahan C:
  • 4 biji telur gred B
  • 1sk esen Vanila
Cara-cara membuat:
  1. Campurkan kesemua Bahan A ke dalam periuk dan panaskan sehingga semua bahan mencair dan gula larut rata dan matikan api. (jangan biarkan kesemua bahan mendidih). ketepikan dan biarkan ia sejuk atau suam-suam.

       2. Didalam mangkuk yang lain, ayak kesemua Bahan B dan gaul rata. Ketepikan.
       3. Didalam mangkuk yang lain, pukul telur bersama-sama esen vanila sehingga kembang.


sehingga berbuih dan warna kelihatan agak putih


 4. Letakkan Pengukus diatas dapur dan masukkan air didalam pengukus tersebut, biarkan air mendidih.

5. Setelah Bahan C tersedia, iaitu telur sudah kembang , satukan Bahan A dan B kedalam Bahan c.       kacau rata @ adunkan sehinggan sebati campuran tersebut sebelum dikukus.

6. Griskan Loyang yang bersaiz anggaran 24 Cm dan masukkan adunan tadi kedalam loyang tersebut.

7. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 1 jam atau sehingga masak ( bila cucuk dengan garfu tidak ada yang terlekat di garfu tersebut).


Amani tengah ratakan Bahan B



ok bila dah sejuk boleh terbalikan dan hias ikut kreativiti tersendiri 



Selamat Mencuba!!!


Sunday, 12 January 2014

Alhamdulillah!!

Bismillahirahmanirahim......
Assalamualaikum......

Alhamdulillah...syukur sangat-sangat ke hadrat Allah S.W.T aku berjaya tamatkan kertas terakhir peperiksaan untuk semester terakhir (sem 7) di UUM tercinta...Sekarang hanya mampu berdoa & bertawakal kepada Allah semoga aku beroleh kejayaan untuk semester terakhir ni dan dapat GRAD dengan jayanya...Insyaalah laa...Sama-sama doakan yang terbaik nanti...Fasa pertama seorang pelajar dah aku berjaya harungi, sekarang ni fasa kedua untuk berPraktikal ni antara cabaran 2014 yang bakal aku tempuhi...Hopely tabah harungi dan dapatlah staf-staf yang baik nanti kat sana...Tempat praktikal dah dapat sebulan yang lalu...^____^.Aku pilih kawasan yang dekat dengan rumah aku ler, itu sudah semestinya..boleh tengok mummy & ayah hari-hari....hahaha...tu motif sebenar k...Ok berbalik kepada tempat praktikal nanti aku bakal melibatkan diri dalam bidang Asas Tani lah sebabnya aku berpratikal di bawah Jabatan Pertanian cume ditempatkan di Terminal Pengeluaran Makanan Batang Merbau, Tanah Merah. Keadaan disana tak dapat aku gambarkan lagi sebab tak pernah pergi sana dan tak pernah tahu pasal tempat tu...huahua...So,10 Februari 2014 bakal terjawab semua persoalan nanti..hehehe..

Ok lari topik sudah, berbalik kepada topik asal tu, sedih laa nak tinggal family,kawan-kawan ,Mr. supporter dan kenangan-kenangan kat Sintok ni. Dulu mula-mula datang bukan main lagi tak suka duduk kat sini laa ape laa sekarang dah terasa berat hati, biasalah orang cakap "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Terlalu banyak kenangan yang tercipta kat sini yang tak mampu diluah dengan kata-kata hanya mampu menginbau kembaliu detik-detik tersebut nanti. Malam ni malam terakhir aku tinggal dan bermalam dekat 4C305 DPP PETRONAS, UUM dan malam terakhir habiskan bersama BFF.

Norhidayu Ahmad Johari a.ka.a makcik Ayu insan yang sentiasa menemani aku sepangjang 2 tahun ini. walaupun kami rapat sejak semester 4 tapi boleh "ngam" sampai sekarang. Dia sabar layan kerenah aku yang hentah apa-ape ni dan bantu aku time belajar, almaklumlah aku ni jenis selalu pending lambat nak terima semua maklumat so, dialah informal aku. memang aku sayang giler lah kat die...^___*. Seriusly, sedih nak berpisah dengan dia besok, tapi apepun lagi 4 bulan kami jumpa balik. Insyallah. Selain dia adalah seorang lagi Makcik yang boleh kamcing ngan kitaorang FarahNur ak.a.k.a makcik Fara  roomate kepada Ayu. Dia ni lain macam cikit sengal-sengal jugak kekadang dan sempoi je. kami selalu lepak kat Yasmeen bertiga...hahaha favourite kami adalah Mamak ^____^. 2orang nilah jadi kakak & adik aku masa kat sini. sayang diorang ketat-ketat lah. Kawan???ada je tapi tak ada yang menarik nak dikongsikan selain mereka berdua sebab kebanyakan masa aku hanya lepak dengan diorang je. Harapan aku lah persahabatan kami ini sampai bila-bila dan till jannah. Insyaalhah.....

Habis part luah perasaan.heee So, Untuk kisah hidup bergelar seorang mahasiswi UUM ni lain masa aku nak kongsi lah dengan korang k tapi tunggu ada masa yang panjang lah yee tapi tak tahu bila. hehehe Misi malam ni habiskan masa dengan Ayu dan Tolong dia kemas barang laa...sob..sob...sob...sedih beb!!!
Wasaalam.............


ni masa time last party dak2 B.ENT 2010/2011, tapi xsemua join


makcik Ayu masa teman aku Dinner ADHOC Kelantan


makcik Fara

Saturday, 11 January 2014

WELCOME 2014

Assalamualaikum.......
Alhamdulillah.............................


Hey..hey..hey..2014 dah hampir 2minggu aku menjejakan kaki ke tahun keramat nie...dah hampir 6bulan xpenah Update blog..bukan setakat berhabuk berdebu bagai dah, lau benda lain dab berkulat dah pun...Nak buat macam mana life sangat-sangat sibuk sampaikan  masa untuk diri sendiri pun tak cukup...Tapikan..tapikan ni tahun Last aku bergelar MAHASISIWI UUM..kehkeh..tak sabar rasanya nak habiskan DEGREE ni dengan kehidupan kampus yang pasti aku rindui nanti...Well,esok last paper Okeih...wish me all the best k...

Harapan Tahun 2014 ni sangat besar untuk diri aku dan Family, aku nak GRADUATE dengan penuh kejayaan, dapat kerja bagus-bagus, dapat bantu mummy dan ayah serta bahgiakan seluruh keluarga & tersayang. Bukan tahu habiskan duit depa je...heheheh..Dan harapan juga supaya tahun 2014 ni lebih baik dari tahun sebelum-belumya... Insyaalah...


Oklah...nak sambung study last paper untuk esok, BPMS 2033 ISLAMIC BUSINESS ETHICS & SOCIAL RESPONSIBILITY....Wish me all the best k...^_______^