Request dari kakakku yang tersayang minta aku buat kek coklat yang memang selalu aku buat kalau balik rumah. Jadi memandangkan aku free dan tersangatlah free sepanjang tinggal kat rumah dia kat Kangar ni, aku pun merajinkan diri masuk dapur teman dia masak dan join skali laa menyibukan diri kat dapur tu. Kebetulan lah pulak hari ini dia tak kerja dapatlah luang masa bersama-sama gosip-gosip, gelak-gelak, kongsi cerita masing-masing dan bla bla bla.....
Macam biasa la kalau masuk dapur dan nak membaking mesti ade je pembantu tak kisah lah pembantu cilik, mak dara, anak dara,anak teruna dan seangkatan denganya, itulah yang aku suka bila masa aku nak menbaking mesti ada je yang tolong dan paling gembiranya anak-anak buah aku suka sangat bila aku ajak diorang tolong aku membaking tak kisah lah balik rumah kat Gombak ke, Kangar ke atau Rumah kat Kelantan semua sama je. Tetiba rindu kat diaorang hehehe lari topik sudah, Ok lah, kali ini aku dibantu oleh adik bongsu aku dan anak buah aku yang kat Kangar ni (Amani). Thanks dear tolong Achick.
Step Pertama perlu sediakan bahan-bahan yang diperlukan iaitu :
Bahan A:
- 1 tin susu cair (apa-apa jenama pun boleh)
- 2 cawan gula
- 1 cawan mentega/planta/marjerin
- 2 sb minyak masak (kalau guna planta tak perlu masukan minyak)
Bahan B:
- 2 cawan tepung gandum**
- 1 cawan serbuk koko/coklat**
- 1sk serbuk penaik/baking powder**
- 1sk soda bikarbonat**
- ** kesemua bahan diayak/ditapis
Bahan C:
- 4 biji telur gred B
- 1sk esen Vanila
Cara-cara membuat:
- Campurkan kesemua Bahan A ke dalam periuk dan panaskan sehingga semua bahan mencair dan gula larut rata dan matikan api. (jangan biarkan kesemua bahan mendidih). ketepikan dan biarkan ia sejuk atau suam-suam.
2. Didalam mangkuk yang lain, ayak kesemua Bahan B dan gaul rata. Ketepikan.
3. Didalam mangkuk yang lain, pukul telur bersama-sama esen vanila sehingga kembang.
sehingga berbuih dan warna kelihatan agak putih
4. Letakkan Pengukus diatas dapur dan masukkan air didalam pengukus tersebut, biarkan air mendidih.
5. Setelah Bahan C tersedia, iaitu telur sudah kembang , satukan Bahan A dan B kedalam Bahan c. kacau rata @ adunkan sehinggan sebati campuran tersebut sebelum dikukus.
6. Griskan Loyang yang bersaiz anggaran 24 Cm dan masukkan adunan tadi kedalam loyang tersebut.
7. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 1 jam atau sehingga masak ( bila cucuk dengan garfu tidak ada yang terlekat di garfu tersebut).
![]() |
| Amani tengah ratakan Bahan B |
![]() |
| ok bila dah sejuk boleh terbalikan dan hias ikut kreativiti tersendiri |
Selamat Mencuba!!!



.jpg)
No comments:
Post a Comment